normal by definition confirming to a standard; usual, typical or expected

Sunday 11 January 2009

Information for Bangi Residence

Gangguan bekalan air minggu depan

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air pada hari Isnin hingga Jumaat minggu hadapan (12-16/01/2009).
Ia adalah berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di hadapan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Dengkil dan kerja-kerja pemasangan meter aliran elektromagnetik di Bangi Lama.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, di Hulu Langat, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 1,2,3,4, 14, dan 16 Bandar Baru Bangi serta sebahagian Seksyen 3,4 dan 5 Tambahan.
Turut terjejas ialah kawasan perindustrian Seksyen 13, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1 hingga 6 Jalan Bangi, Kampung Kuala Pajam, Kampung Teras Jernang, Taman Desa Kenangan, Taman Dusun Jaya dan Taman Desa Anggerik.
Taman Bunga Raya, Taman Permai, Kampung Sungai Kembung Hilir, Taman Bangi Villa, Taman Sri Bangi, Taman Bangi Indah, Kampung Aman, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Taman Angsana, Industri Beranang, Kampung Sungai Buloh Semenyih, Kampung Sesapan Bukit Rembau;
Ladang Bangi, Kampung Batu 6, Kampung Sungai Jai, Taman Impian Putra, Taman Bangi Ria, PKNS Beranang, Taman Bangi Jaya, Kampung Sesapan Minangkabau dan Taman Bangi Ria turut akan mengalami gangguan akibat kerja-kerja penambahbaikan tersebut.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai gangguan ini bolehlah menghubungi talian 1-800-5252 atau melawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my.
Gangguan bekalan di Bandar Seri Putra dijadualkan bermula pada Jam 6.00 Petang 12/01/2009 hingga Jam 6.00 Pagi 13/01/2009.....
sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm

3 normalies:

fezarena said...

aper lagik kak...kene duk KJ lah tu...mandi bagai...susah takder air dr takder letrik sy rasa...huhuhuhu...

ita.itu said...

mekasih info..sib baik umah sy x de lam list ek

attyfir said...

adeh..umah atty terbabit..umah mak pun sama..kena gak..