normal by definition confirming to a standard; usual, typical or expected

Monday 27 August 2007

Who need shoes when you can buy tudung!!

I declare, it's Arzu time. Ini bukan iklan berbayar tau, cuma sharing with you this new craze that I have. Kalau uols read carefully, I did a makeover last week and still in the mood for that. Today, bertemankan Tipah and Fadzillah, diriku ini meneruskan penjelajahan jalan2 carik tudung. Wanted to do that yesterday tapi lepas the hectic life and melayan kerenah anak2, akak tak larat.

Today, I got myself 2 more tudung and one more anak tudung, this time brownish colour. That makes 3 smua skali.
And my promise to be a better wife is still in progress...abang, liza buatkan air, minum yer :)

Last but never the least, selamat menyambut nisfu syaaban. The following email is courtesy of my company's Islamic Society. Dunia2 jugak, akhirat jgn luper yer...

Untuk makluman semua, Hari Nisfu Syaaban akan tiba pada 28hb Ogos 2007 (Selasa) dan malam ni (27 Ogos) adalah malam Nisfu Syaaban.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatitkan di buku yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu Maghrib (malam 27 Ogos/Nisfu Syaaban).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaban:-

Setelah solat Maghrib –solat nisfu syaaban 2 rakaat
Rakaat 1 – baca Al Fatihah & Surah Al Qadar 1x
Rakaat 2 – baca Al Fatihah & Surah Al Ikhlas 3x

Membaca Surah Yasin selepas solat Maghrib

Berpuasa pada hari nisfu Syaaban (Selasa)


Antara kelebihan bulan Syaaban ;

1–Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada Nabi Yusof AS di dalam syurga.

2- Riwayat dari Osman b. Abi Al-Ash,sabda Nabi Muhammad SAW – pada malam nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya,adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan,melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang kurang itu kelemahan diri sendiri.

0 normalies: